Saya ada terima email daripada seorang rakan berkenaan kalimah ‘Allah’ yang didapati oleh jemaah sebuah surau pada potongan daging lembu untuk jamuan Hari Raya. Ramai yang begitu ta’ajub dan teruja bila melihat perkara ini. Ada juga yang telah menframe gambarnya mungkin untuk dijadikan tatapan anak-cucu dan generasi akan datang.
Sebenarnya sudah terlalu banyak penemuan-penemuan 'ajaib yang serupa sebelum ini. Sebahagian daripadanya boleh dilihat di pautan di bawah.
Sebenarnya sudah terlalu banyak penemuan-penemuan 'ajaib yang serupa sebelum ini. Sebahagian daripadanya boleh dilihat di pautan di bawah.
Saya tidak bercadang untuk membuat sebarang komen samada ianya benar-benar kalimah Allah atau tidak. Pada saya, samada ianya benar-benar sahih kalimah Allah atau sebaliknya, tidak perlu kepada perbincangan dan perdebatan. Sekiranya ia sahih maka sahihlah ia. Jika tidak, maka tidak sahihlah ia. Anda boleh lihat dan buat kesimpulan sendiri. Jika anda menganggap perkara sebegini sebagai sesuatu yang ‘ajaib yang menandakan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT, itu baik bagi anda. Mudah-mudahan dengan melihat ‘fenomena’ sebegini akan bertambah keimanan kita kepada Allah SWT.
Menjadi lumrah bagi manusia biasa, sebelum mempercayai atau meyakini sesuatu, mereka mahu melihat suatu perkara yang ‘ajaib atau luarbiasa sebagai bukti. Lantaran itu, para rasul yang ditugaskan untuk menyeru kaum masing-masing untuk beriman kepada Allah SWT telah dikurniakan perkara ‘ajaib atau luarbiasa yang dinamakan mukjizat. Namun begitu, adakalanya perkara luarbiasa juga tidak cukup untuk menyebabkan seseorang itu beriman. Rasulullah SAW sendiri yang telah menunjukkan mukjizat membelah bulan menjadi dua namun tetap ditolak oleh musyrikin Quraisy dan menganggapnya sebagai suatu sihir.
Rasulullah SAW juga telah dikurniakan suatu mukjizat yang paling agung yang tidak pernah diberikan kepada rasul-rasul yang lain. Mukjizat tersebut tidak lain tidak bukan ialah Al-Quran. Sahabat Rasulullah SAW yang hebat iaitu Sayyidina Umar Al-Khatab RA, telah melafazkan syahadah hanya setelah membaca ayat-ayat suci Al-Quran daripada surah Taha. Begitu juga dengan makhluk Jin yang beriman setelah mendengar Al-Quran sepertimana terakam di dalam surah Al-Jinn, ayat 1-2. Diceritakan bahawa Fudhail Bin ‘Iyad telah berubah dari seorang yang suka berpoya-poya kepada seorang ulama besar setelah mendengar ayat 16 daripada surah Al-Hadid. Di zaman kita ini pula, ramai daripada kalangan orang kafir dan athies yang telah beriman juga melalui mukjizat Al-Quran. Seorang pakar kulit berbangsa Jepun bernama Tagata Tajasen telah mengucapkan syahadah setelah mendengar ayat 56 daripada surah An-Nisaa’ (ikuti kisahnya di sini)
Kisah pengIslaman seorang Athies bernama Ruben (nama Islamnya Abu Bakr) sangat menyentuh dan wajar diambil iktibar. Beliau yang sebelum itu telah mengkaji dan mengakui kebenaran Al-Quran hanya menunggu satu tolakan terakhir untuk mengucapkan syahadah. Pada suatu malam beliau telah memencilkan diri sambil memohon ditunjukkan suatu perkara yang 'ajaib atau luarbiasa. Setelah menunggu dengan hampa kerana tiada sebarang ke'ajaiban yang berlaku, beliau membelek Al-Quran yang berada di tangan beliau dan dengan kebesaran Allah SWT, beliau sampai kepada ayat 164 daripada surah Al-Baqarah yang berbunyi:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanafaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."
SubhanAllah! Beliau telah mendapat petunjuk akhir yang dicari, bukan melalui suatu fenomena 'ajaib tetapi sepotong ayat Al -Quran yang begitu mendalam maksudnya. (ikuti cerita beliau di sini)

Daripada kisah-kisah di atas, jelaslah bahawa Al-Quran adalah satu mukjizat yang agung dan petunjuk yang benar. Manusia tidak perlu lagi mencari petunjuk-petunjuk lain berupa perkara-perkara a'jaib dan luarbiasa. Memadailah dengan Al-Quran. Al-Quran bisa merubah seseorang daripada fasiq kepada soleh dan daripada kufur kepada iman. Al-Quran juga bisa menambah atau menguatkan iman seseorang yang sudah beriman seperti kita. Al-Quran mengajak kita untuk melihat alam yang terbentang luas dihadapan kita sambil memikirkan kebesaran dan kekuasaan penciptanya iaitu Allah SWT.
Imam As-Syahid Hasan Al-Banna menyatakan di dalam buku beliau “Keagungan Al-Quran”, topik alam dibicarakan di setiap surah di dalam Al-Quran dari sudut keindahan, keajaiban dan hal-hal yang berkaitan dengannya. Beliau seterusnya menyatakan, sesungguhnya hakikatnya alam ini adalah Allah. Sebab fitrah ketuhanan berada di dalam dirinya (alam). Dia-lah penciptanya dan Dia-lah yang menciptakan agama-agama yang dibawa para Rasul agar manusia dapat mengenal-Nya. Untuk mengenal pencipta, maka Allah memerintahkan agar manusia memerhatikan langit dan bumi, “Katakanlah: Perhatikanlah Langit dan Bumi.”

Justeru, pandanglah langit dan bumi dan hayatilah firman Allah yang berikut:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka”. (A-li-‘Imraan, 190-191)
Kemudian fikirkan yang berikut:
Tidakkah mereka memperhatikan langit di atas mereka, bagaimana kami membuat dan menghiasinya (dengan bintang-bintang), dengan tidak ada padanya retak-renggang? (Qaf, 6)
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas ‘Arasy. (Ar-Ra’d, 2)
Pandang pula kepada matahari dan bulan serta fikirkan:
Dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan.. (Ar-Ra’d, 2)
Ketika memakan buah durian, duku, dokong, rambutan dan lainnya, fikirkan:
Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (korma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya. (Ar-Ra’d, 4)
Begitulah seterusnya di dalam banyak ayat, Allah SWT menerangkan cara untuk manusia memikirkan tentang kekuasaan dan kebesaranNya. Bukan hanya melalui jalan melihat perkara tersurat dengan mata lendir, tetapi memikirkan yang tersirat dengan akal atau mata hati. Akhir kalam, hayatilah nasyid berikut:

Cetusan Hati
29 Syawwal, 1431H
29 Syawwal, 1431H
No comments:
Post a Comment